SEJARAH

Pustaka Media Jaya ditubuhkan pada tahun 1995 di Kampung Gajah, Perak. Pusat operasi kami yang pertama ialah di No.6, Fasa III, Bangunan PKNP, 36800 Kampung Gajah, Perak. Kawasan ini lebih dikenali dengan Pasir Salak iaitu lebih kurang 30 km dari bandar Teluk Intan. Kemudian pada tahun 2006, kami telah berpindah ke premis baru di negeri Kelantan iaitu di No.72, Cabang Tiga Kamil, Jalan Kota Bharu,16800 Pasir Puteh, Kelantan. Lokasinya ialah di simpang tiga ke kompleks Sekolah-Sekolah Kamil, jalan ke Kota Bharu. Jarak dengan bandar Pasir puteh lebih kurang 2 km. Pada November 2012 kami telah berpindah ke 2214C Tingkat 1, Wisma Berkat, Jalan By Pass, Pasir Puteh.

BIDANG BISNES
Pada peringkat permulaan penubuhan, Pustaka Media Jaya adalah sebuah syarikat penerbitan buku. Bisnes ini termasuklah;
 
(a) Menerbit buku.
(b) Membuat layout dan setting untuk penerbitan buku.
(c) Menguruskan percetakan buku, majalah, novel, cerpen dan sebagainya.
(d) Mengedar dan menjual buku-buku sekolah dan umum secara online.
 
Tumpuan kami dalam bidang penerbitan buku ialah menerbitkan buku-buku rujukan sekolah untuk matapelajaran PMR, SPM dan STPM. Buku-buku yang telah diterbitkan antaranya ialah Revisi Syumul Tasawwur Islam SPM, Revisi Syumul Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah SPM, Soal Jawab Lengkap Pendidikan Syariah Islamiah SPM, Buku kerja Tasawwur Islam tingkatan 4 dan 5 dan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA).

LAPTOP DAN WEB DESIGN
Kini selain daripada menerbit dan menjual buku, kami telah mengembangkan lagi bisnes dalam bidang komputer dan web design. Bisnes dalam bidang komputer termasuklah menjual komputer pc, laptop, networking, wireless dan aksesori. Namun tumpuan utama kami dalam bisnes ini ialah;
 
(a) Menjual aksesori dan komponen komputer PC. Dalam bisnes PC secondhand, kami mempunyai aksesori untuk customer yang ingin menggantikan hardware yang rosak dengan hardware secondhand seperti motherboard, RAM, hardisk, CDROM dan lain-lain. Di samping itu kami juga menjual dan membaiki monitor 15", 17" dan LCD.
(b) Menjual aksesori dan komponen laptop & notebook. Dalam bidang ini kami membaiki dan membaikpulih laptop yang rosak serta mempunyai stok untuk menukar komponen laptop yang bermasalah seperti motherboard, LCD, CDRW, keyboard, mainbord casing, LCD hinges dan inverter, hardisk, RAM dan charger.
(c) Reka bentuk web design untuk online bisnes (e-Commerce). Program ini digunakan untuk perniagaan secara online dan pengurusan akaun syarikat. Kami menawarkan dua scripts untuk e commance iaitu Zen Cart dan Quick Cart.

Sekian, terima kasih.
 
Back
IP alamat anda: 54.166.245.10
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart