Pencarian Laman Web Buku Arab dan Islam

RM33.00

Pencarian Laman Web Buku Arab dan Islam

Penulis; Dr. Abdul Rauf Dato' Hj. Hassan
Penerbit; Venton Publishing Sdn. Bhd.
Tahun; 2008
Halaman; 278

Keterangan
Buku ini mengandungi 4 bab di mana bab yang pertama akan membincangkan mengenai kepentingan membaca di kalangan masyarakat hari ini. Manakala bab seterusnya akan membahaskan mengenai laman web mashaf al-Quran. Di sini penulis akan membahaskan laman web yang memberikan kemudahan membaca al-Quran. Bab seterusnya akan mengupas mengenai laman web buku pengkhususan bagi bidang pengajian Islam antaranya al-Quran, hadis, fekah, sirah dan akidah.

Di Malaysia, buku seumpama ini belum pernah diterbitkan. Malah jika diperhatikan di Asia dan negara Arab, buku seumpama ini belum pernah ditulis. Kebanyakkan buku-buku yang terdapat di pasaran hari ini hanyalah yang berkaitan dengan perisian teknologi maklumat dan internet secara umum yang tidak menjurus secara langsung kepada Arab dan Islam. Apabila penulis menyedari realiti ini, penulis cuba mengumpulkan laman-laman web yang berkaitan dengan akhbar Arab dan Islam hasil daripada pemerhatian penulis sebagai pengajar teknologi maklumat di Universiti Putra Malaysia. Buku ini diharap dapat memberi informasi yang mendalam dalam bidang internet yang berunsurkan Islam.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Komputer
  • Berat Timbangan: 6 lbs
  • 1 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Sunday 06 June, 2010.

IP alamat anda: 54.198.134.32
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart