Kenduri Syariat dan Adat

RM15.00

Kenduri Syariat dan Adat
Penulis; Ahmad Faisol Omar
Penerbit; Utusan Publications
Tahun; 2009
Halaman; 171

Sinopsis
Buku ini boleh menjadi pedoman yang berautoriti bagi menangani kekeliruan masyaraat dalam membezakan antara tuntutan dan larangan Islam ketika melaksanakan sesuatu majlis kenduri. Apakah kriteria-kriteria yang menentukan sesuatu majlis kenduri itu menepati al-Quran dan Sunnah? Adakah antara adat dan syariat terdapat percanggahan dan persesuaian. Oleh yang demikian sejauh manakah sesuatu adat itu ditegah atau diizinkan dalam mewarnai majlis kenduri?

Fokus huraian buku ini adalah berkisar kepada tujuan mengadakan kenduri, pengurusan kenduri dan panduan kepada tetamu. Kupasan huraian tersebut adalah dalam ruang lingkup topik utma yang dibahagikan kepada tujuh bab iaitu konsep kenduri, jenis-jenis kenduri, jemputan kenduri, majlis kenduri, adat semasa kenduri, kepentingan doa dalam majlis kenduri dan kemungkaran dalam majlis kenduri.

Beberapa jenis doa serta bacaan berzanji serta marhaban turut dimuatkan dalam buku ini sebagai panduan ketika melangsungkan majlis kenduri. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam menjejaki kebenaran Islam.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Agama
  • Berat Timbangan: 12 lbs
  • 1 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Wednesday 08 September, 2010.

IP alamat anda: 54.166.245.10
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart