Di Dalam Lembah Kehidupan

RM20.00

Di Dalam Lembah Kehidupan

Penulis; Hamka
Penerbit; Pustaka Dini
Tahun; 2006 edisi terkini cetakan Malaysia
Halaman; 207

Sinopsis

Sesungguhnya kumpulan gubahan yang saya beri nama " Di dalam lembah Kehidupan"
ini adalah kumpulan airmata, kesedihan dari rintihan yang diderita oleh
segolongan manusia di atas dunia ini. Airmata mereka itu sudah mengalir ke
tanah dan hilang lenyap dalam pasir. Seorang pun tidak peduli akan hal itu.
Bagaimana orang akan peduli, padahal orang sedang dibayangi kesenangan dan
kemewahan?

Moga-moga hikayat-hikayat pendek ini terbaca juga oleh orang yang senang
hidupnya. Moga-moga mereka insaf, bahawa disebalik tabirnya adalah orang yang
susah dan sulit keeadaanya; bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan
melarat, yang sudah patah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh,
sehingga tidak dapat berbangkit lagi.

Bagi orang yang melarat itu pun mudah-mudahan cerita ini berfaedah pula. Agak
kurang duka hatinya apabila diketahuinya, bahawasanya ada juga orang lain yang
senasib dengan dia.

Dan bagi mereka yang bersedih hati itu karangan ini ku jadikan persembahan dan
peringatan, bahawa saya pun turut meratap dalam ratapnya.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Novel
  • Berat Timbangan: 8 lbs
  • 3 Unit dalam Stok



Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Sunday 06 June, 2010.

Pelanggan yang membeli produk ini juga membeli...


IP alamat anda: 54.196.120.58
Copyright © 2014 mediajayastore. Powered by Zen Cart