Mata Naga

RM23.00

Mata Naga
PENULIS Mahani Amat @ Halimi, Mohd Ghazali Mohd. Satar
PENERBIT DBP
ISBN 9789836297952
TAHUN TERBITAN 2007
HALAMAN 74

Sinopsis

Buah mata naga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang mula menapak di dalam pemakanan penduduk di negara ini. Penanaman buah mata naga di Malaysia masih baharu dan permintaan yang tinggi melebih penawaran menyebabkan pengusaha sedia ada tidak mampu untuk mengatasi permintaan pasaran dan ini memerlukan usahawan tani baharu bagi mengatasi masalah ini.

Justeru, buku ini dihasilkan untuk membantu dari segi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai cara penanaman dan penjagaan tanaman mata naga ini seara berkesan. Harapan kami, agar dengan terbitnya buku ini, ia akan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai dan bakal usahawan yang mempunyai semangat untuk menceburi bidang tanaman ini. Buku ini juga akan memperkenalkan teknik penanaman dan pengurusan tanaman mata naga dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Gambar yang dimuatkan di dalam buku ini akan dapat membantu dalam pemahaman, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang biasa dengan pertanian malah untuk yang tidak mempunyai latar belakang pertanian.

Khasiat pemakanan dan kesihatan yang terkandung di dalam buah mata naga ini juga dimuatkan supaya pembaca dapat mengetahui keistimewaan dan produk hiliran yang boleh dihasilkan melalui tanamna mata naga untuk dikomersialkan. Buah mata naga merupakan tanaman yang mudah ditanam sekiranya kita mengetahui cara penanamannya yang betul. Oleh itu, dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan penanaman buah mata naga ini akan menjadi lebih meluas lagi bukan sahaja untuk mengeluaran secara besar-besaran tetapi juga sebagai hobi untuk ditanam di tepi rumah.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Bisnes
  • Berat Timbangan: 8 lbs
  • 2 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Wednesday 21 November, 2012.

IP alamat anda: 54.198.134.32
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart