Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali

RM47.00

Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali
Penulis; Syed Husin Ali
Penerbit; SIRD
Tahun Terbit; 2012
Halaman; 295

Memoir ini merupakan kenangan hidup penulis tentang perjuangan politiknya untuk menegakkan keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat. Ia menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat.

Pengalaman semasa kecil, pengaruh ibu-ayah serta suasana kekeluargaan, pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup penulis, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.

Soal politik yang ditumpukan di dalam Memoir ini berpusat kepada catatan-catatan tentang penyertaan dan pengalaman penulis serta sikap, pandangan dan fikirannya terhadap beberapa isu, perkembangan, peristiwa dan kontroversi politik yang berlaku dalam parti dan negara.

Memoir ini memberi latar belakang dan menjelaskan beberapa perkara, seperti: apa berlaku selepas kemenangan parti-parti pembangkang di lima negeri, pembentukan PAKATAN, percubaaan UMNO-BN untuk menjatuhkan Kerajaan PAKATAN, terutama Selangor, percubaan Anwar yang dianggap gagal berkaitan 16 September dan sebagainya.

Memoir ini mendedahkan banyak juga hal mengenai pertimbangan yang tidak diketahui umum tentang mengapa dan bagaimana sesetengah keputusan politik telah diambil.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Biografi
  • Berat Timbangan: 8 lbs
  • 1 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Tuesday 25 February, 2014.

IP alamat anda: 54.198.134.32
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart