Abu Samah Mohd Kasim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Baha

RM39.00

Abu Samah Mohd Kasim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman
Penulis; Mohamed Salleh Lamry
Penerbit; SIRD
Tahun Terbit; 2008
Halaman; 244

Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891-1895) banyak memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata, meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung perjuangan Datuk Bahaman. Salah Seorang zuriat Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran mukim Semantan, Temerloh.

Bermula sebagai pemimpin kecil dalam gerakan politik kiri (PKMM/API). Abu Samah kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya dan PKM. Perjuangannya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mengkin kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah CD, tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Ingeris sejak tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975.

Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut diberi pengiktirafan..

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Biografi
  • Berat Timbangan: 8 lbs
  • 1 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Tuesday 25 February, 2014.

IP alamat anda: 54.198.134.32
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart