Muhammad Ibn Abd Wahhab

RM40.00

Muhammad Ibn Abd Wahhab
Penulis: Zakaria @ Mahmod Daud
Penerbit: Dewan Bahasa Pustaka
Halaman: 216
Tahun: 2014

Sinopsis

Persoalan tentang ajaran Muhammad ibn Abd Wahhab atau lebih dikenali dengan ajaran Wahhabi sering ditimbulkan dalam kalangan masyarakat sejak dahulu hingga kini. Ada yang menganggap bahawa ajaran Wahhabi ini tidak menyeleweng daripada ajaran Ahl al-Sunnah wal al-Jama’ah, sebaliknya ada juga yang berpendapat ajarannya terkeluar daripada ajaran Ahl al-Sunnah wal-Jama’ah.

Melalui buku Muhammad ibn Abd Wahhab ini penulis berjaya mengupas persoalan tentang pemikiran tokoh ini, antaranya tentang tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah, Asma’ wa al-Sifat, tawasul, dan syafaat. Penulis juga mengemukakan pandangan ulama dan sarjana Barat terhadap pemikiran beliau. Penulis menegaskan bahawa ajaran Wahhabi ini tidak terpesong daripada ajaran Islam berdasarkan fakta dan hujah ilmiah yang disokong oleh al-Quran dan hadith.

Penulis buku ini, Dr. Zakaria @ Mahmod Daud ialah pensyarah kanan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, Kelantan. Beliau ialah mantan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau ialah akidah dan perbandingan agama.


Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Biografi
  • Berat Timbangan: 8 lbs
  • 2 Unit dalam Stok



Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Sunday 24 May, 2015.

IP alamat anda: 54.198.134.32
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart