Sihir: Suatu Amalan Kebatinan

RM68.00

Sihir: Suatu Amalan Kebatinan
Pengarang : Amran Kasimin
Penerbit : Penerbit UKM
Mukasurat : 343 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789679428865

Sinopsis

Islam melarang dan menganggap sihir sebagai salah satu dosa besar yang membinasakan. Namun, oleh kerana ia menghasilkan natijah luar biasa, menarik, mengelirukan dan adakalanya berupaya mengatasi masalah manusia setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, amalan sihir ini terus diamalkan secara tersembunyi atau terang-terangan seolah-olah amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, apatah lagi usaha untuk menghalangnya seumpama tidak wujud dan jelas.

Sihir tidak mudah dihuraikan untuk difahami dan diyakini, namun amalan ini tetap dapat dijelaskan berdasarkan kepada unsur-unsur sihir itu sendiri, iaitu sesuatu amalan yang tersembunyi, natijahnya mencarik adat, tidak dapat difikiri logiknya, bukan hakikat, dan yang paling utama, sihir tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau saudara.

Amalan sihir dalam masyarakat Melayu adalah adunan daripada pengaruh animisme, Hindu-Buddha dan unsur-unsur Islam. Dari sinilah lahirnya istilah jampi, mantera, serapah dan doa. Pengaruh animisme yang begitu mendalam dalam pemahaman masyarakat Melayu menyebabkan amalan sihir, yang melibatkan jin-jin tadi bercampur-aduk dengan amalan-amalan pengaruh Islam, menyebabkan timbulnya pelbagai kecelaruan masyarakat sehingga kini.

Unsur-unsur Islam yang terdapat dalam amalan ini, yang diselit-selitkan dalam ungkapan jampi mantera dan serapah yang dituturkan, juga upacara-upacara yang dilakukan, amalan-amalan yang mesti dipatuhi ketika menuntut, juga pengijazahan, termasuk pantang-larang dan fatwa-fatwa atau syarat yang kelihatan seumpama sebahagian daripada ajaran Islam menyebabkan amalan sihir sering dianggap sebagai salah satu amalan bertakarub (menghampirkan diri pada Allah), apatah lagi dengan adanya penglibatan individu tertentu yang dilakukan dengan ikhlas, ataupun untuk memperoleh ilmu kebatinan yang melibatkan rawatan, atau ilmu kebatinan mempertahankan diri, pada hal mereka pada hakikatnya terjebak dengan amalan sihir, yang akhirnya tidak berupaya melepaskan diri daripada ilmu yang melibatkai jin-jin, untuk hidup seperti manusia biasa.

Amalan sihir dalam masyarakat Melayu terus berlaku tanpa adanya usaha-usaha untuk mengatasi atau membenterasnya secara efektif kerana kurang pemahaman mengenainya oleh mereka yang terlibat; golongan agama juga oleh mereka yang berautoriti, dan akibat penafian sesetengah masyarakat tentang kewujudannya, juga amalan sihir yang tidak mudah untuk dibuktikan atau dihuraikan untuk mengatakan bahawa amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Agama
  • Berat Timbangan: 8 lbs
  • 2 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Tuesday 16 October, 2012.

IP alamat anda: 54.198.134.32
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart