Pensejarahan Patani

RM36.00

Pensejarahan Patani
Penulis : Mohd. Zamberi A. Malek
Penerbit; Penerbit Universiti Malaya
Tahun terbit : 2006
Halaman : 229

Sinopsis

Penulisan Pensejarahan Patani adalah buku bercorak historiografi tentang kajian teks sejarah Tarikh Patani dan Hikayat Patani. Buku ini terhasil atas kesedaran perlunya bahan yang bertaburan tentang Patani dikumpulkan untuk dijadikan bahan bacaan umum.

Pelbagai isu yang tercetus dewasa ini di Selatan Thai menarik perhatian mereka yang ingin menelusuri keadaan sebenar latar belakang wilayah-wilayahnya. Menyusur sejarahnya yang panjang, Selatan Thai merupakan sebahagian negeri Melayu Semenanjung yang terpisah dan terpinggir angkara kolonial British. Bekas negeri Patani yang terdiri daripada wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat diberi gambaran sebagai hanyalah kelompok masyarakat Islam-THai di selatan Thai dan bukannya sebagai pusat kegiatan budaya dan peradaban bangsa Melayu yang pernah mencapai zaman kegemilangannya.

Malahan daripada sumber yang diperolehi mencerminkan Patani pernah berperanan sebagai pusat kegiatan persuratan Melayu berunsur Islam yang gah dan pelopor kegiatan sastera dengan kemunculan penulis berstatus ulama yang menghasilkan kitab agama tersohor.

Buku ini diharap menjadi pencetus kesedaran betapa penting sejarah dan pensejarahan Patani ditulis semula sejajar kemunculan pusat kegiatan persuratan yang muncul di serata Nusantara demi menghasilkan manuskrip untuk mengisi khazanah persuratan Melayu.

Buku ini sebagai tatapan kepada pembaca agar mendapat gamabaran betapa Patani yang dulunya pernah mengecap zaman keagungan dan kegemilangan itu, lalu membuat perbandingan akan nasib malang yang membawa kemalapannnya akibat dibelenggu penjajahan lebih seratus tahun.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Sejarah
  • Berat Timbangan: 12 lbs
  • 1 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Wednesday 29 September, 2010.

IP alamat anda: 54.166.245.10
Copyright © 2017 mediajayastore. Powered by Zen Cart