Gelora

RM9.00

    Gelora

    * Penulis; Hasrul Syah
    * Penerbit; Ar-Risalah Product Sdn.Bhd
    * Tahun; 2005
    * Halaman; 165

Sinopsis;

Radzi merupakan seorang jurutera Marin yang berkhidmat di atas sebuah kapal tangki yang dimiliki oleh sebuah syarikat perkapalan milik tanah air. Dia merupakan seorang jurutera Malaysia yang sangat berpengalaman dan juga dedikasi dengan kerjayanya.

Radzi terpaksa berhadapan dengan berbagai cabaran di mana pada kali ini dia terpaksa berhadapan dengan salah satu mimpi yang paling ngeri bagi semua pelaut iaitu kapal yang dinaiki karam. Semua pelaut sudah tentu tidak mahu berdepan dengan situasi ini.

Dengan anak-anak kapal yang masih muda dan kurang berpengalaman Radzi dan beberapa pegawai lain yang lebih senior dan berpengalaman terpaksa berusaha mendidik dan membantu mereka yang lain dalam usaha menghadapi stuasi yang menakutkan itu.

Semasa berlakunya kemalangan itu Radzi banyak teringat kembali kisah silamnya yang telah berlalu sambil memikirkan nasibnya sama ada dia dan anak-anak kapal yang lain akan dapat bertahan dan diselamatkan atau tidak.

Kisah ini banyak menceritakan tentang pentingnya kesabaran, ketabahan dan juga kekuatan mental seseorang. Semangat berpasukan adalah sangat penting dalam situasi begini dan tanpanya nasib mereka mungkin akan lebih teruk.

Adakah Radzi dan anak-anak kapalnya yang lain akan selamat dan adakah semua mereka akan berpeluang hidup dan pulang ke tanah air? Ini semua bergantung kepada mereka untuk menentukannya.

Tambah ke dalam Troli:

  • Model: Novel
  • Berat Timbangan: 3.5 lbs
  • 6 Unit dalam Stok


Produk ini telah dimasukkan ke dalam katalog pada Sunday 06 June, 2010.

IP alamat anda: 54.162.15.31
Copyright © 2018 mediajayastore. Powered by Zen Cart