Ayahku

RM33.00

Ayahku
* Penulis; Prof Dr. Hamka
* Penerbit; Pustaka Dini.
* Tahun terbit; 2007 (edisi Malaysia Terkini)
* Halaman; 496

Sinopsis

Menyusun riwayat hidup bukanlah perkara mudah. Saya tahun akan kesulitan itu.
Oleh sebab itu, hanya riwayat hidup ayah saya inilah permulaan saya menulis
biografi yang agak panjang. Tentu sahaja sebagai seorang anak yang tua dan
dapat melihat beliau dari dekat, saya lebih banyak mengetahui akan
cita-citanya, lingkungannya, kesukaannya, kesenangannya dan
perangai-perangainya sebagai manusia. Cuma saya harus menjaga satu perkara
yang amat penting. Iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-kali jangan
hendaknya saya lupa akan keadilan, sehingga saya menulis tentang kebaikannya
dengan berlebih-lebih.

Secara adil saya berkata, bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa "orang
besar" DR. H.A. K. Amrullah pernah membina riwayat di Indonesia ini iaitu
riwayat yang tidak dapat dipandang ringan. Riwayat orang besar perlu dikumpul
untuk dijadikan contoh bagi anak cucu. Maka bukanlah kerana semata-mata beliau
ayah saya, maka saya yang tampil ke muka lebih dahulu menulis riwayat ini.
Tetapi kerana saya mengetahuinya dari dekat dan orang yang mengetahui dari
dekatlah yang berhak menulis riwayat hidup seorang besar. Dan kebetulan saya
pun seorang pengarang pula. Sedangkan keadaan orang lain saya tuliskan, apatah
lagi ayah saya.

Add to Cart:

  • Model: Novel
  • Shipping Weight: 4.5lbs
  • 1 Units in Stock


This product was added to our catalog on Sunday 06 June, 2010.

Your IP Address is: 38.107.191.106
Copyright © 2010 mediajayastore. Powered by Zen Cart